Tuesday, June 26, 2012

Akikah Nur Dhaniyyah Najla

Alhamdulilah...hari ini pada tanggal 09/05/2012 merupakan hari dimana majlis akikah Nur Dhaniyyah Najla dilaksanakan.Syukur kehadrat ilahi dgn permberian cahaya mata kpd walid dan ibu.Semoga Allah memelihara dan melimpahkan rahmat buat kita semua.
Pengertian Aqiqah dari segi bahasa:

Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.

Antara definisi lain;

Aqiqah menurut bahasa ertinya `memotong’ . Pada asalnya ialah rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus dipotong ( dicukur ).

Menurut Istilah pula aqiqah ialah Haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.

Pengertian Aqiqah Menurut Syara`:

Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Antara pengertian lain;

Aqiqah dalam pengertian syara` ialah binatang ternakan yang berkaki empat (bahimatul an`am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Dalam bahasa Arab, kata bahimatul an’aam (binatang ternakan) adalah termasuk unta, lembu, kerbau,biri-biri,kibas dan kambing, bukan yang lain. [Al Jabari, 1994]

SEJARAH ASAL-USUL IBADAH AQIQAH

Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa ” Pada zaman Jahiliyyah, apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.Menurut riwayat Ibnu Sakan pula ” Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu.

Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda saw menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.

HUKUM AQIQAH

Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad saw ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam, lalu Baginda saw bersabda yang maksudnya :

“Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.”

[HR. Abu Daud]

Maksud hadis daripada perkataan (“suka atau ingin” menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan barulah ianya dipanggil aqiqah wajib.

Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” [HR. Tirmizi]

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi]

Rasulullah s.a.w. bersabda : ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” [HR. Riwayat Tirmizi]

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.

JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH

Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.

1. Kambing, biri-biri dan kibas – melebihi satu tahun
2. Lembu dan Kerbau- melebihi dua tahun
3. Unta- melebihi lima tahun

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak(Bahimatul An’aam)-yang mempunyai empat kaki- dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.

Menurut Imam Malik,Asy-Syafi’e,Ahmad dan jumhur ulama’ , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki(Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban). Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

Manakala,rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam kategori Bahimatul An’aam.Maka ketiga-tiga haiwan tersebut(rusa,kijang dan kancil) tidak dibolehkan untuk dijadikan sebagai haiwan aqiqah.

Yang lebih utama(Afdhal) untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah 2 ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:
“Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan baik untuk anak lelaki mahupun anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bemaksud;
” Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” [HR. Ahmad & Tirmizi].

Rasulullah bersabda; ” Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.” [HR. Ibnu Abi Syaiban].

Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara;
Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama syariatkan supaya dilaksanakan aqiqah.
Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan 2 ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.

Walaubagaimanapun,anak lelaki sebaik-baiknya(afdhal) diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing,manakala anak perempuan pula seekor kambing. Akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut, ini kerana Rasulullah s.a.w. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan; ” Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengaqiqah Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” [HR. Abu Daud].

Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah membuat aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas.
Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).

Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu. Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut.

Rasulullah s.a.w bersabda; ” Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi].

Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya.
Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri.

Sunday, April 1, 2012

Ahlan Wahsahlan Nur Dhaniyyah Najla !! Little khalifah of Allah





Ahlan Wahsahlan Nur Dhaniyyah Najla !!! Alhamdulilah hari ini genap 3 minggu kelahiran Nur Dhaniyyah Najla di bumi Allah . Semakin sihat dan bijak anak perempuan sulung walid ini. Pengalaman menjadi Bapa dan ketua keluarga tidak dapat walid ungkapkan,memadailah dengan kemuliaan yang Allah berikan buat setiap hamba-hambanya yang bergelar ayah dan ibu satu ungkapan dan lafaz yang sering dibacakan didalam doa yang berbunyi "Allahumma firlana zunubana waliwalidina warhamhuma kama rabbayani saghirah" sebagai gambaran pengorbanan ibu dan ayah.Semoga anak walid dan ibu ini,bilamana sudah besar nanti jangan lupa mengungkapan doa ini setiap kali selepas solat.

Sedikit catatan ringkas dan rintitan saat-saat kelahiran Nur Dhaniyyah Najla.
  • 12.3.2012 - 20:00 : Tanda-tanda kelahiran dimana darah bersama lendir keluar.
  • 13.3.2012 - 02:00 : kontraksi berlaku selama 10 minit
  • 13.3.2012 - 04:00 : kontraksi berlaku selama 10 minit
  • 13.3.2012 - 08:40 : Rujuk ke Az-Zahra.Bukaan hanya 1cm,& bawa pulang ke rumah
  • 13.3.2012 - 21:00 : Kontraksi semakin kerap setiap 8 minit
  • 13.3.2012 - 22:30 : Rujuk ke Az-Zahrah.Bukaan masih 1 cm.
  • 13.3.2012 - 23:00 : Ibu dimasukkan ke dalam wad (Umairah 3) Sepanjang malam ditemani oleh nenda ( Pn Rohana Ismail).Kontraksi semakin kerap
  • 14.3.2012 - 05:30 : Checkup dan bukaan masih 1 cm.Kaedah induce digunakan bagi mempercepatkan proses bukaan.Kontraksi semakin kerap&keadaan ibu semakin lemah.
  • 14.3.2012 - 11:00 : Keadaan ibu semakin lemah dan lesu.Bukaan hanya 2 cm.Doktor menyarankan pengambilan epidural bagi mengurangkan kesakitan.
  • 14.3.2012 - 11:20 : Dimasukkan dalam labour Room.Epidural diberi melalui tulang belakang.
  • 14.3.2012 - 11:30 : Tidak balas positif ditunjukkan oleh ibu setelah pemberian epidural dilakukan.Bukaan masih lagi 2cm
  • 14.3.2012 - 12:30 : Bukaan telah mencapai 5 cm.Pegawai perubatan membuat penyediaan alatan bagi "deliver process".
  • 14.3.2012 - 13.30 : Bukaan telah mencapai 10 cm.Air ketuban pecah,pegawai perubatan bersedia utk "delivery process"
  • 14.3.2012 - 14.00 : Bantuan vakum digunakan bagi membantu proses kelahiran
  • 14.3.2012 - 14.20 : Kelahiran Nur Dhaniyyah Najla dengan berat 2.8 Kg.
Satu pengalaman yang cukup berharga buat walid, bilamana melihat dengan mata sendiri saat-saat getir seorang ibu melahirkan seorang anak.Besar sungguh dugaan dan kesakitanya.
Kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah dengan nikmat dan kurniaan permata hati yang menjadi pengikat kasih sayang kepada kami.

Makna dan maksud nama bagi anak kami ini :

Nur : Cahaya
Dhaniyyah : Yang bertambah, Yang bermutu
Najla' : Yang bermata elok, Yang baik keturunannya













Thursday, February 23, 2012

Nukilan Buat Dhaniyyah

Besok genaplah usia kandungan Pn Nahdhatul Mysarah yang ke-36 Minggu.Alhamdulilah,ibu dhaniyyah masih kuat dan gagah lagi kehulu dan kehilir berkerja,walaupun disaat-saat akhir ini kelihatan ibu sangat letih dan kurang bermaya pada sebelah malam.If walid imagine di tempat ibu pasti tak termampu dipikul oleh golongan adam ini.Itulah fitrah yang Allah jadikan pada seorang perempuan yang pada zahirnya "Lemah" tetapi bisa mengoncang dunia. Bergitulah harapan Walid,pada Nur Dhaniyyah Najla,supaya suatu hari nanti dhaniyyah boleh kuat macam ibu. Doa walid,semoga Dhaniyyah selamat dilahirkan ,sihat dan bila besar nanti bisa jadi orang -orang yang baik akhlaknya dan bijak dalam pelajaran, dan paling penting jadi MUSLIMAH baik disisi manusia dan Tuhanya.Semoga anak sulung walid ini,boleh jadi contoh yg baik buat bakal adik2 nanti k.Persiapan untuk sambutan anak sulung walid ini,boleh dikatakan 80% complete.Nanti balance 20 % lepas bersalin.Rezeki dan nikmat besar yang Allah berikan buat walid dan Ibu adalah dengan kehadiran dhaniyyah.Ibu dan Walid sudah tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga En Mohd Naim. Semoga Allah memberkati kamu disaat kelahiranmu dan kembalimu nanti menjadi orang -orang yang solehah ..insyallah.. last but not least, "NIA ANAK WALID" ... :D









Wednesday, February 1, 2012

Korea wallpaper untuk teratak Walid&Ibu


Great design Wallpaper for my small world .. Finally,tercapai juga hajat dan angan-angan walid dan ibu untuk memeriahkan lagi suasana teratak kecil ini dengan hiasan wallpaper pada dinding rumah terutama pada sudut "feature wall"di kawasan ruang tamu.Dengan keluasan rumah yang berkeluasan 850 sqft tidak menjadi halangan untuk walid dan ibu melakarkan kretiviti kami pada teratak kecil kami ini. Walid gemarkan hiasan yang bercirikan English style dengan warna putih menjadi warna premier didalam rumah.Dengan konsep bungaan dan warna putih itu sendiri mendatangkan rasa ketenangan dan kesejukan mata memandang.Corak dan konsep wallpaper ini,dipilih sendiri oleh ibu,dalam memastikan keseragaman warna pada langsir,dan corak sofa bertepatan dengan warna wallpaper. Wallpaper yang diimport dari korea ini mempunyai corak yang bergitu menarik dengan ke pilihan yang pelbagai.Bagi mereka yang gemarkan hiasan wallpaper ,gallery ini boleh dilawati di :
No. 2-1 & 3-1, Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya,47170 Puchong, Selangor (beside IOI Mall, Jusco Puchong)

My advise,please bring the picture ruangan yang hendak pasang bagi memastikan corak yang dipilih bertepatan dengan ruang dan hiasan pada rumah.


Sunday, January 15, 2012

NIA 4D scan - 31 weeks







Salam,
Hari ini anak ibu,nia da genap 31 minggu..then ibu n walid bwk nia pergi scan 4d.. Doktor kata nia sudah besar.so susah nk tgk gambar penuh..tp if nk tgk muka, insyaAllah if nia tak halang muka dengan tangan or kaki.last week ibu timbang nia br 1.4kg, minggu ni da 1.6kg..yahoo nia sudah semakin n besar n kuat.masa 1st scan 4d, kaki nia ada dpn muka..then doktor tolak2 skit perut ibu, nampak muka nia skit.then tangan plak naik..aduyai anak ibu lasak betul.kejap jer da beralih tempat.sian anak ibu kena tolak2 ngan doktor 2..sbb nia sorok muka.apapun dari tepi, muka nia nmpk tembam jer.mcm ibu..mata pun besar insyallah.hidung mancung mcm ibu n walid..doktor kta nant berat nia lahir mungkin smpi 3kg..tkt gak ibu dgr tp insyaAllah dengan kuasa Allah S.w.t ,nia akan keluar dengan selamat & sempurna.nenek n atuk,ibu,walid,maklong sofea,mama cu semua tk sbr nk tgk..brg2 pun 90% da hbs beli..walid kta dia syg sgt kt nia.Nanti nia sudah besar, kena jd anak yg solehah & boleh jaga adik2 nia yg lain..Nia adalah anugerah terindah buat ibu and walid..I LOVE YOU,NIA my princess


Nukilan Daripada:
Ibu

Tuesday, January 3, 2012

Hantaran Untuk Dijual @ Disewa

































































































Hantaran untuk dijual @ disewakan. Kalau ikutkan hati, sayang nak jual bekas hantaran yang membawa kenangan manis.


Apa boleh buat,memandangkan space kat rumah pun tak cukup luas,terpaksalah walid jual @ sewakan sahaja bekas hantaran ini daripada duduk dalam bilik sahaja.


So buat bakal2 pengantin diluar sana,yang masih mencari-cari bekas hantaran yang berkonsepkan "English Style" Menggunakan material artificia White pink rose flower.Tidak perlu meghabiskan wang dan masa untuk mencari bahan2 dan tenaga kerja untuk menyediakan bekas hantaran.Adalah lebih baik wang2 belanja kahwin itu digunakan untuk perbelanjaan majlis perkahwinan anda ( photographer,videographer & etc).Kos perkahwinan dan penyediaanya majlis semakin meningkat pada setiap tahun!!

Sentuhan kreatif dan esklusif dari Pn Rohana Ismail ini mengandungi :


  • 5 Kotak kayu ( Hiasan artificial pink white rose flower)

  • 2 Tray Kayu ( Hiasan artificial pink white rose flower)

  • 6 bekas polystyrene ( Dihiasi dengan bunga2 pink +putih)

Jumlah Bekas Hantaran : 13


Harga kos bagi penyediaan hantaran ini hampir RM 1000 . Harga jualan bagi pakej ini RM 600 dan sewa RM 300 . Murah bukan ???


Hubungi saya : 017-2250004 atau emelkan kepada saya : naim_evolution85@hotmail.com
Delivery Method : COD (Cash On Delivery)