Thursday, February 23, 2012

Nukilan Buat Dhaniyyah

Besok genaplah usia kandungan Pn Nahdhatul Mysarah yang ke-36 Minggu.Alhamdulilah,ibu dhaniyyah masih kuat dan gagah lagi kehulu dan kehilir berkerja,walaupun disaat-saat akhir ini kelihatan ibu sangat letih dan kurang bermaya pada sebelah malam.If walid imagine di tempat ibu pasti tak termampu dipikul oleh golongan adam ini.Itulah fitrah yang Allah jadikan pada seorang perempuan yang pada zahirnya "Lemah" tetapi bisa mengoncang dunia. Bergitulah harapan Walid,pada Nur Dhaniyyah Najla,supaya suatu hari nanti dhaniyyah boleh kuat macam ibu. Doa walid,semoga Dhaniyyah selamat dilahirkan ,sihat dan bila besar nanti bisa jadi orang -orang yang baik akhlaknya dan bijak dalam pelajaran, dan paling penting jadi MUSLIMAH baik disisi manusia dan Tuhanya.Semoga anak sulung walid ini,boleh jadi contoh yg baik buat bakal adik2 nanti k.Persiapan untuk sambutan anak sulung walid ini,boleh dikatakan 80% complete.Nanti balance 20 % lepas bersalin.Rezeki dan nikmat besar yang Allah berikan buat walid dan Ibu adalah dengan kehadiran dhaniyyah.Ibu dan Walid sudah tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga En Mohd Naim. Semoga Allah memberkati kamu disaat kelahiranmu dan kembalimu nanti menjadi orang -orang yang solehah ..insyallah.. last but not least, "NIA ANAK WALID" ... :D









Wednesday, February 1, 2012

Korea wallpaper untuk teratak Walid&Ibu


Great design Wallpaper for my small world .. Finally,tercapai juga hajat dan angan-angan walid dan ibu untuk memeriahkan lagi suasana teratak kecil ini dengan hiasan wallpaper pada dinding rumah terutama pada sudut "feature wall"di kawasan ruang tamu.Dengan keluasan rumah yang berkeluasan 850 sqft tidak menjadi halangan untuk walid dan ibu melakarkan kretiviti kami pada teratak kecil kami ini. Walid gemarkan hiasan yang bercirikan English style dengan warna putih menjadi warna premier didalam rumah.Dengan konsep bungaan dan warna putih itu sendiri mendatangkan rasa ketenangan dan kesejukan mata memandang.Corak dan konsep wallpaper ini,dipilih sendiri oleh ibu,dalam memastikan keseragaman warna pada langsir,dan corak sofa bertepatan dengan warna wallpaper. Wallpaper yang diimport dari korea ini mempunyai corak yang bergitu menarik dengan ke pilihan yang pelbagai.Bagi mereka yang gemarkan hiasan wallpaper ,gallery ini boleh dilawati di :
No. 2-1 & 3-1, Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya,47170 Puchong, Selangor (beside IOI Mall, Jusco Puchong)

My advise,please bring the picture ruangan yang hendak pasang bagi memastikan corak yang dipilih bertepatan dengan ruang dan hiasan pada rumah.