Hari ini genaplah 18 minggu kandungan sarah.Alhamdulilah,setakat hari ini tiada lagi komplikasi berat dihadapi oleh ibu.Semoga bakal "little khalifah" ini serta ibunya sihat sentiasa sehingga ke hari bersalin nanti dan menjadi pengikat kasih sayang...insyallah .Doa walid,semoga zuriat yang lahir ini sentiasa dalam keadaan sihat,sempurna sifat dan paling penting jadi orang-orang yang baik bila dewasa kelak.Baik pada agama,keluarga,masyarakat dan negara.Saya berazam untuk menggunakan gelaran walid ketika mempunyai anak nanti.Mengapa walid yerk? adakah saya ini dari keturunan Syed atau Sharifah yang menekankan panggilan berunsur arab kepada ibu bapa? secara peribadi saya melihat panggilan atau istilah "walid"mengambarkan seorang yang lembut tapi tegas. Semoga dengan panggilan itu,menjadi satu doa agar menjadi seorang pemimpin keluarga yang baik sepeti gelaran yang dibawa.Secara am nya, sering kali kita menonton drama-drama melayu di TV yang bersifat kekeluargaan,jika watak dimainkan oleh seorang ayah dengan panggilan walid,pastinya anak-anak dan isterinya adalah seorang yang "soft" & "religious".Semoga ahli-ahli masjid yang dibina ini,terdiri daripada mereka yang soleh dan solehah.Sukarnya untuk digambarkan,bertapa gembira hati ini bilamana diberitahu bahawa saya bakal menjadi seorang ayah.Agaknya inilah perasaan yang pernah dirasai oleh my parent suatu ketika dahulu bilamana mengetahui kewujudan saya hari ini.Semoga Allah memberkati anak yang dikandungkan itu ,dan saat kelahiranya nanti.
Saturday, October 15, 2011
Tuesday, October 11, 2011
Made in Hong Kong
Made in hong kong!! holiday gifts for loved ones for 5 days 4 nights!Why Hong Kong? sebelum berkahwin,ada beberapa destinasi telah disenaraikan dan Hong Kong adalah diantaranya.Mungkin agak janggal dengan pemilihan Hong Kong sebagai destinasi untuk "berbulan madu".For me,dengan pemilihan percutian di kawasan bandar,pelbagai aktiviti boleh dilakukan,berbanding di tepi pantai atau kawasan tanah tinggi yang hanya terhad pada aktiviti tertentu sahaja.Penerbangan ke Hong Kong mengambil masa 3 Jam 40minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Ibarat seperti republik negara Singapura,keadaan landskap dan pemandangan yang dipenuhi dengan kondominium dan apartment yang tinggi.Hong Kong adalah bandar raya yang keempat terbesar di China. Ia terletak di pantai selatan China dan terdiri dari 3 pulau iaitu Hongkong Island, Lantau Island dan Kowloon.Setiap pulau dan tanah besar dihubungkan dengan sistem pengangkutan yang sangat cekap dan efisyen.Hong Kong, sebuah negara yang sibuk dan merupakan salah satu pusat kewangan asia. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dan maju,Hong Kong masih dilaporkan sebagai salah sebuah bandar yang "paling hijau" di Asia. Oleh itu ia sebuah negara yang sangat menarik untuk dilawati.Walaupun,ini adalah pengalaman pertama saya melancong ke negara ini,tiada sebarang masalah dihadapi di sepanjang kami disini.Berbekalkan MAP dan Laluan MRT,semua perancangan berjalan dengan baik.Mengenai makanan,secara peribadi agak sukar untuk mencari makanan halal.Mostly tempat-tempat makan halal terletak dikawasan agak jauh dari tempat penginapan kami.Bekalan makanan yang dibawa cukup untuk menampung kami disini.Kos untuk makanan halal agak tinggi dengan anggaran HKD 180 seorang untuk nasi briyani dan ice lemon tea bagi satu sajian .
Berikut adalah intinery program kami di Hong Kong:
Day 1 - Check in hotel ( Dorsett sea view,Kowloon)
Day 2 - Hong Kong Disneyland (Lantau Island)
Day 3 - star Avenue,Star Ferry,The Peak
Day 4 - window shopping,Ladies Market (Mongkok)
day 5 - Return to KL
Berikut adalah intinery program kami di Hong Kong:
Day 1 - Check in hotel ( Dorsett sea view,Kowloon)
Day 2 - Hong Kong Disneyland (Lantau Island)
Day 3 - star Avenue,Star Ferry,The Peak
Day 4 - window shopping,Ladies Market (Mongkok)
day 5 - Return to KL
Saturday, October 8, 2011
AliF , Ba , Ta diantara cerita & cebisan nostalgia
تا، با ، الألف Duniaku.Segala puji-pujian bagi Allah SWT,Tuhan seluruh alam,selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan keluarga baginda. Dalam pengenalan awal Al-Quran dan tulisan jawi,langkah pertama sebelum kita boleh membaca adalah dengan pengenalan kepada huruf jawi itu sendiri.ALIF,BA,TA diertikan seperti sebuah permulaan kepada sebuah cerita yang bakal dilakarkan.Hasrat untuk melakar sebuah blog setelah bergelar sebagai ketua keluarga,sudah memulakan langkah awalnya.Semoga dengan setiap penulisan dan cetusan akan menjadi cebisan nostalgia buat diri ini dan orang-orang yang disayangi. Bermula dengan titik pertemuan 23/06/2008 ,akhirnya kami disatukan pada tanggal 27/05/2011.Jutaan terima kasih buat kedua –dua keluarga,saudara mara,dan rakan –rakan yang terlibat,demi menjayakan majlis perkahwinan ini.Tidak lupa juga buat qberphotography dengan karya foto perkahwinan yang cukup unik dan kreatif sekali. Pergertian kisah sebuah KAPAL ,PEMUDA dan PELAMPUNG memberi makna disebalik pertemuan hari ini. Inilah epilog,yang tidak mungkin mana seorang manusia yang mengaku hebat ,mempunyai kekuatan untuk menentukan,melainkan apa yang tersurat dalam kitab luh mahfus.Kita mampu merencanakan apa pun, tetapi penyudahnya adalah ditangan NYA.Kini bahtera alam rumah tangga yang dibina mula menaikkan sauh dan kain layarnya untuk berlayar ke destinasi seterusnya. Semoga Tuhanku melimpahkan rahmatnya kepada keluarga ini.Apakah bentuk ombak dan badai yang berada ditengah-tengah lautan masih belum pasti.Apa yang diharapkan semoga segala bentuk ancaman didalam PELAYARAN ini,bisa ditempuhi dengan kekuatan dan kesabaran.