Hari ini genaplah 18 minggu kandungan sarah.Alhamdulilah,setakat hari ini tiada lagi komplikasi berat dihadapi oleh ibu.Semoga bakal "little khalifah" ini serta ibunya sihat sentiasa sehingga ke hari bersalin nanti dan menjadi pengikat kasih sayang...insyallah .Doa walid,semoga zuriat yang lahir ini sentiasa dalam keadaan sihat,sempurna sifat dan paling penting jadi orang-orang yang baik bila dewasa kelak.Baik pada agama,keluarga,masyarakat dan negara.Saya berazam untuk menggunakan gelaran walid ketika mempunyai anak nanti.Mengapa walid yerk? adakah saya ini dari keturunan Syed atau Sharifah yang menekankan panggilan berunsur arab kepada ibu bapa? secara peribadi saya melihat panggilan atau istilah "walid"mengambarkan seorang yang lembut tapi tegas. Semoga dengan panggilan itu,menjadi satu doa agar menjadi seorang pemimpin keluarga yang baik sepeti gelaran yang dibawa.Secara am nya, sering kali kita menonton drama-drama melayu di TV yang bersifat kekeluargaan,jika watak dimainkan oleh seorang ayah dengan panggilan walid,pastinya anak-anak dan isterinya adalah seorang yang "soft" & "religious".Semoga ahli-ahli masjid yang dibina ini,terdiri daripada mereka yang soleh dan solehah.Sukarnya untuk digambarkan,bertapa gembira hati ini bilamana diberitahu bahawa saya bakal menjadi seorang ayah.Agaknya inilah perasaan yang pernah dirasai oleh my parent suatu ketika dahulu bilamana mengetahui kewujudan saya hari ini.Semoga Allah memberkati anak yang dikandungkan itu ,dan saat kelahiranya nanti.
0 comments:
Post a Comment