Wednesday, March 13, 2013

Happy Birthday Dhaniyyah!

Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan anakku Dhaniyyah,Allah selamatkan Dhaniyyah...dada' nia..

Happy birthday Dhaniyyah!Today exactly one year of my daughter age,Nur Dhaniyyah Najla Binti Mohd Naim .Dilahirkan pada tanggal 14/3/2012..Alhamdulilah my lovely daughter ini semakin cantik dan cerdik..sekali walid pandang dah macam rupa anak korea dahh..
To my lovely daughter,
On your birthday, I want you to know how special you are to me, and indeed the most beautiful, lovable and adorable person in my life, I want to wish you a very happy, joyous, and a meaningful birthday to you. May Allah bless you, guard and guide you all through your life.

I am so happy to have you in my life, truly you are God’s gift to me, and you will always remain my first miracle of life that I held in my arms. Dari berat 2.8Kg ketika lahirmu sekarang hampir 10 Kg,anak perempuan saya ini sudah mula membesar untuk mengenal dunia disekelilingnya.Thanks Allah!!

With lots and lots of love and kisses from walid and Ibu ..




Sunday, March 10, 2013

Episod Demam Campak

Salam semua,

Hari ini keluar tanda -tanda kemerahan pada kulit Dhaniyyah setelah 3 hari demam + selsema + bengkak pada bawah mata.This time temperature almost 40c.Nasib baik ada ubat demam masuk dkt "anus" yg mana walid dh standby dlm fridge dengan air asam jawa untuk dilumurkan dekat kepala ,supaya panas bahang dari  cepat surut plus dengan Kool fever untuk ditenpek dekat dahi.
Bersama Nenda Rohana,Di Serendah

Kesian anak walid nie..lepas satu per satu penyakit datang sementara nk besar yerk.Baru saje recover dari pneumonia dah datang campak pula.Berbaki 4 hari sahaja lagi genap umur Dhaniyyah 1 tahun trip ke Seoul,korea.Hopefully cepat recover dari campak.Alhamdulilah,even anak walid campak,tapi tetap aktif.Almaklumla anak walid baru start belajar berjalan.Beberapa info yang walid qoute dari blog perubatan untuk dikongsikan.

"Komplikasi campak boleh mengancam nyawa terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil",kata Pakar Runding Kanak-kanak (Pediatrik), Pusat Perubatan Kelana Jaya, Selangor, Dr. Meghana Poovaneswaran.

Menurutnya, virus hidup di dalam mukus yang terdapat di dalam hidung dan tekak kanak-kanak atau orang dewasa yang telah dijangkiti iaitu dari empat hari sebelum timbulnya ruam sehingga empat hari selepasnya.


Apabila pesakit campak batuk, bersin atau bercakap, titisan kecil/air liur dan titisan hidung yang telah berjangkit akan terpercik dan virus mampu bertahan selama dua jam di udara sebelum dihirup oleh 

orang lain yang berada di sekelilingnya.Titisan kecil yang terjangkit itu juga mungkin akan mendarat di atas permukaan tubuh mangsa lain di mana ia kekal aktif dan akan berjangkit dalam masa beberapa jam,jelas beliau.Seseorang itu juga boleh dijangkiti oleh virus berkenaan dengan meletakkan jari anda di dalam mulut atau hidung, selepas menyentuh permukaan yang telah dijangkiti. Begitu juga dengan berkongsi gelas yang sama

Wajah ceria Dhaniyyah ketika usia 4 - 5 Bulan bersama Nenek CT
Sebaik sahaja virus masuk ke dalam tubuh, ia akan hidup di dalam sel-sel yang melapisi bahagian belakang tekak dan paru-paru. Jangkitan seterusnya akan merebak ke seluruh badan termasuklah sistem pernafasan dan kulit. Lazimnya, tanda-tanda awal campak hanya akan muncul kira-kira 10 hingga 12 hari (tempoh inkubasi atau pengeraman) selepas terdedah kepada virus. 

Ia termasuklah demam, batuk kering, selesema dan hidung berair, mata merah/konjunktiviti, sensitif/mudah silau terhadap cahaya, tompok-tompok merah kecil dengan lapisan dalam pipi/bahagian dalam mulut berwarna putih kebiru-biruan dikenali sebagai bintik koplik dan ruam pada kulit yang bertompok-tompok rata dan besar, seakan bersambung di antara satu sama lain.


Dr. Meghana berkata, campak selalunya bermula dengan demam ringan ke sederhana yang diiringi dengan lain-lain gejala seperti batuk berterusan, hidung berair, mata merah dan sakit tekak. 

Dua hingga tiga hari kemudian keluar bintik koplik yang menjadi ciri utama campak, disusuli dengan demam tinggi. Tiga hingga lima hari berikutnya, ruam bertompok berwarna merah timbul di permukaan kulit, selalunya di bahagian muka, garis rambut, belakang/bawah telinga dan leher. 

Ruam ini sama ada berbentuk makula/ruam kemerahan yang mendatar ataupun papula/ruam kemerahan yang menonjol. Dalam tempoh satu, dua hari ia akan segera merebak ke bawah iaitu ke dada dan belakang dan akhirnya, paha dan kaki. Selepas lebih kurang seminggu, ruam akan makin pudar dan menghilang dalam turutan yang sama .

Semoga dhniyyah dikurniakan kesembuhan dengan segera ..aminnn

Friday, March 8, 2013

Royal Ivory 2,Bandar Saujana Putra


بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama  tidak update entry blog ini selepas daripada acara akikah Dhaniyyah tempoh hari.Hari ini sudah genap usianya 11 bulan 24 hari ...thats mean lagi 6 hari sahaja, bagi anak perempuan walid ini untuk genap 1 tahun. So this is my first post for 2013. Alhamdulilah,dengan nikmat rezeki  serta kesihatan yang baik sepanjang tahun 2012 segala hajat dan target bejaya dicapai.Most important,2 target besar kami terlaksana pada tahun 2012 :
  1. Membeli Rumah Kedua
  2. MBA further study ( congrats to Ibu dhaniyyah!! walid next time kot..)
Tahun 2013 walid labelkan sebagai tahun "budget" untuk menjayakan perancangan kewangan  bagi tahun 2014 ,yang pastinya memerlukan $$ yang banyak. Actually perancangan beli rumah ini sebenarnya berlaku secara kebetulan sahaja.Kami hanya survey tempat di Bandar Saujana Putra,sambil bawa Dhaniyyah makan angin.Suddenly ada show house and ramai orang datang.So kami pun singgah ke show house. First time tengok dah berkenan, hehe..macam 1st time jumpa ibu dhaniyyah pulak..Memandangkan dengan harga yang x masuk akal ( half million kottt) ,kami just ambil sahaja broucher dulu.Al maklumla nak beli rumah kena betul2 kaji semua elemen dan aspek2 tertentu.Memikirkan usia masih muda,and loan pun boleh pergi lebih lama ditambah pulak dengan keluarga sudah berkembang, walid mengambil keputusan untuk proceed intention untuk beli rumah kedua.

At the same time cuba2 jugak survey tgk tempat lain kot2 dapat harga yang lebih better.Al maklumlah,properties di Kuala Lumpur memang MAHAL..So kalau x grab awal2 memang x dapatla kot nak beli rumah atas tanah di KL ni.Hampir 1 1/2 bulan walid buat penilaian dari projek di semenyih hingga ke Negeri sembilan,masing2 ada pros and cons nya.Finally,setelah semua perkara diambil kira,so kami stick balik dengan original plan utk buy properties di Bandar Saujana Putra.

Bandar Saujana Putra merupakan sebuah perbandaran utama baru di dalam kawasan MSC dimana berhampiran PLUS highway di antara Shah Alam and KLIA.Paling menambat hati dengan bumi landskapnya yang bertasik yang membiru serta persekitaran yang mesra untuk kehidupan bermasyarakat.

Unit model pilihan kami adalah jenis Royal Ivory 2.didalam kawasan gated area BSP Avenue.Berikut adalah gambaran royal ivory 2 :

 
Main Entrance Ke Royal Ivory 2,Bandar Saujana Putra
Projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada oktober 2014.Hopefully tiada masalah sepanjang proses pembangunanya.Insyallah!!