Salam semua,
Hari ini keluar tanda -tanda kemerahan pada kulit Dhaniyyah setelah 3 hari demam + selsema + bengkak pada bawah mata.This time temperature almost 40c.Nasib baik ada ubat demam masuk dkt "anus" yg mana walid dh standby dlm fridge dengan air asam jawa untuk dilumurkan dekat kepala ,supaya panas bahang dari cepat surut plus dengan Kool fever untuk ditenpek dekat dahi.
Kesian anak walid nie..lepas satu per satu penyakit datang sementara nk besar yerk.Baru saje recover dari pneumonia dah datang campak pula.Berbaki 4 hari sahaja lagi genap umur Dhaniyyah 1 tahun trip ke Seoul,korea.Hopefully cepat recover dari campak.Alhamdulilah,even anak walid campak,tapi tetap aktif.Almaklumla anak walid baru start belajar berjalan.Beberapa info yang walid qoute dari blog perubatan untuk dikongsikan.
Sebaik sahaja virus masuk ke dalam tubuh, ia akan hidup di dalam sel-sel yang melapisi bahagian belakang tekak dan paru-paru. Jangkitan seterusnya akan merebak ke seluruh badan termasuklah sistem pernafasan dan kulit. Lazimnya, tanda-tanda awal campak hanya akan muncul kira-kira 10 hingga 12 hari (tempoh inkubasi atau pengeraman) selepas terdedah kepada virus.
Hari ini keluar tanda -tanda kemerahan pada kulit Dhaniyyah setelah 3 hari demam + selsema + bengkak pada bawah mata.This time temperature almost 40c.Nasib baik ada ubat demam masuk dkt "anus" yg mana walid dh standby dlm fridge dengan air asam jawa untuk dilumurkan dekat kepala ,supaya panas bahang dari cepat surut plus dengan Kool fever untuk ditenpek dekat dahi.
Bersama Nenda Rohana,Di Serendah |
Kesian anak walid nie..lepas satu per satu penyakit datang sementara nk besar yerk.Baru saje recover dari pneumonia dah datang campak pula.Berbaki 4 hari sahaja lagi genap umur Dhaniyyah 1 tahun trip ke Seoul,korea.Hopefully cepat recover dari campak.Alhamdulilah,even anak walid campak,tapi tetap aktif.Almaklumla anak walid baru start belajar berjalan.Beberapa info yang walid qoute dari blog perubatan untuk dikongsikan.
"Komplikasi campak boleh mengancam nyawa terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil",kata Pakar Runding Kanak-kanak (Pediatrik), Pusat Perubatan Kelana Jaya, Selangor, Dr. Meghana Poovaneswaran.
Menurutnya, virus hidup di dalam mukus yang terdapat di dalam hidung dan tekak kanak-kanak atau orang dewasa yang telah dijangkiti iaitu dari empat hari sebelum timbulnya ruam sehingga empat hari selepasnya.
Apabila pesakit campak batuk, bersin atau bercakap, titisan kecil/air liur dan titisan hidung yang telah berjangkit akan terpercik dan virus mampu bertahan selama dua jam di udara sebelum dihirup oleh
orang lain yang berada di sekelilingnya.Titisan kecil yang terjangkit itu juga mungkin akan mendarat di atas permukaan tubuh mangsa lain di mana ia kekal aktif dan akan berjangkit dalam masa beberapa jam,jelas beliau.Seseorang itu juga boleh dijangkiti oleh virus berkenaan dengan meletakkan jari anda di dalam mulut atau hidung, selepas menyentuh permukaan yang telah dijangkiti. Begitu juga dengan berkongsi gelas yang sama
Wajah ceria Dhaniyyah ketika usia 4 - 5 Bulan bersama Nenek CT |
Ia termasuklah demam, batuk kering, selesema dan hidung berair, mata merah/konjunktiviti, sensitif/mudah silau terhadap cahaya, tompok-tompok merah kecil dengan lapisan dalam pipi/bahagian dalam mulut berwarna putih kebiru-biruan dikenali sebagai bintik koplik dan ruam pada kulit yang bertompok-tompok rata dan besar, seakan bersambung di antara satu sama lain.
Dr. Meghana berkata, campak selalunya bermula dengan demam ringan ke sederhana yang diiringi dengan lain-lain gejala seperti batuk berterusan, hidung berair, mata merah dan sakit tekak.
Dua hingga tiga hari kemudian keluar bintik koplik yang menjadi ciri utama campak, disusuli dengan demam tinggi. Tiga hingga lima hari berikutnya, ruam bertompok berwarna merah timbul di permukaan kulit, selalunya di bahagian muka, garis rambut, belakang/bawah telinga dan leher.
Ruam ini sama ada berbentuk makula/ruam kemerahan yang mendatar ataupun papula/ruam kemerahan yang menonjol. Dalam tempoh satu, dua hari ia akan segera merebak ke bawah iaitu ke dada dan belakang dan akhirnya, paha dan kaki. Selepas lebih kurang seminggu, ruam akan makin pudar dan menghilang dalam turutan yang sama .
Semoga dhniyyah dikurniakan kesembuhan dengan segera ..aminnn
0 comments:
Post a Comment