Friday, November 14, 2014

Umrah 2014 - (23 April - 3 May 2014)

Assalamualikum WBT,

Dah lama rasanya tangan ni tak update blog. So this time, walid nak kongsikan sedikit pengalaman walid mengerjakan umrah pada 23 /4/2014. Alhamdulilah dengan nikmat dan kesempatan yang diberikan kepada walid. Segalanya datang daripada Allah jua. Walid sudah lama menyimpan niat untuk mengerjakan umrah. Dengan izin Allah, akhirnya keinginan walid dimakbulkan untuk menjadi tetamu Allah .Hati ini terpanggil, bilamana suatu malam walid bermimpi mengelilingi kaabah. Dari situ, walid timbul satu kesedaran dengan nikmat yang diberikan selama ini.

Memang benar kata2 ustaz mutawwif, untuk menjadi tetamu manusia bila-bila masa saja kita boleh " set-up ". Tetapi untuk menjadi tetamu Allah, Allah sendiri yang akan memilih siapakan tetamu yang diizinya untuk sampai ke bumi barkah ini.Dalam detik hati ini timbul-tengelam perasaan ketakutan adakah kifarah dosa-dosa ini akan dibalas dibumi suci itu nanti? Hanya doa dan harapan agar diberi kemudahan dalam setiap urusan semasa disana nanti.

Pengembaraan umrah ini disertai bersama sepupu,mak sedara,rakan sekerja dan bonda tercinta.Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.Berbeza dengan haji, tambahan satu rukun adalah wukuf di arafah .Bilamana telah berniat ihram di miqat, maka 13 pantang larang telah tersabit.Perjalanan ini mengambil masa 9 jam daripada KLIA ke Jeddah Airport dan diikuti dgn menaiki bas selama 6 jam ke Madinah. Segala kepenatan disepanjang 15 jam perjalanan terubat bila mana melihat kota masjid madinah bercahaya  di sempandan tanah haram dan halal.Hebat tamadun pembangunan yang dibangunkan oleh Rasulullah utk penduduk madinah.. Sirah yg dipelajari semasa sekolah dahulu dikuatkan lagi dengan pandangan sendiri.Alhamdulillah  hajat utk bersolat dan berdoa didalam Raudah tercapai yang mana raudah (diantara makam rasulullah  dan mimbar) merupakan tmpt mustajab utk berdoa dan merupakan diantara taman2 disyurga nanti. 2 sahabat rasulullah  dimakamkan bersebelahan nabi,iaitu saidina abu bakardan saidina umar. Bertentang dengan makam tersebut adalah perkuburan bakq'i.Pada hari ke 4,walid bertolak ke mekah dgn bermiqat di bir ali.Perjalanan  mengambil masa 6 jam utk ke kota mekah.


Berikut adalah gambar2 disepanjang walid menunaikan umrah :


Di hadapan Masjid Nabawi

Di hadapan hotel penginapan di Madinah

Bir Ali - Miqat

Bukit Magnet , Madinah

OTW to Jeddah

Bersama rakan sekerja TM - Bro Azlan

Dari Kiri : Anuar Mazlan, Mama Saya , Walid

Jabal Thur - Tmpt dimana Rasullullah bersembunyi ketika hijrah ke Madinah

Jabal Uhud

Makam para syuhadah yang syahid dalam peperangan Uhud

Pintu King Abdul Aziz

Masjid Nabawi - Makam Rasulullah terletak dibawah kubah hijau



Jabal Rahmah

Pose sebelum berangkat ke Jeddah

Menara Jam di Mekah



Pose sebelum pendakian ke gua hira'


0 comments:

Post a Comment